Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2024

Muzium Kesenian Islam

Imej
Oleh Nur Elyana Abdul Dibina oleh hartawan bumiputera, Tan Sri Syed Bukhari, muzium seni Islam ini bukan sahaja yang terbesar di Asia Tenggara. Tapi dianggap sebagai muzium terbaik di Malaysia telah mulai beroperasi pada tahun 2005 dahulu. Jadi kalau anda sudah khatam dengan  muzium negara ,  muzium tekstil ,  muzium ilusi  dan  muzium selfie  ini muzium yang wajib anda lawat. Tiket Lawatan orang  awam. Kanak-kanak berumur 6 ke bawah: Percuma Harga Tiket Dewasa (RM) Kanak-Kanak (RM) Warganegara 20 10 Pelancong Asing 20 10 Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024 Waktu Operasi Isnin – Ahad : 9:30 pg – 6 ptg Tutup semasa hari raya Aidilfitri, Aidiladha Nota:  Restoran tutup pada Isnin Galeri artifak  Antara artifak yang dipamerkan termasuklah model masjid-masjid di seluruh dunia, termasuk Masjidil Haram di Mekah dan kitab suci Al-Quran bersaiz sebesar ibu jari anda. Ya! Jangan tak percaya! Kalau muzium Islam luar negara banyak menumpukan seni dari Parsi atau Timur Tengah, mu

Islam Nusantara

Imej
    Riwayat Wali 9 Walisongo   atau   Walisanga   dikenali sebagai penyebar agama   Islam   di tanah   Jawa   pada abad ke-14. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, iaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di   Jawa Timur , Demak-Kudus-Muria di   Jawa Tengah , dan Cirebon di   Jawa Barat. " Walisongo " bererti sembilan orang wali. Era Walisongo mengakhiri penguasaan kebudayaan Hindu - Buddha   dalam budaya Nusantara dan digantikan dengan kebudayaan   Islam . Walisongo adalah simbol penyebaran   Islam   di   Indonesia , khususnya di   Jawa . Peranan mereka sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam   di   Jawa , juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat Walisongo ini lebih banyak disebut berbanding dengan   ulama   yang lain. Masing-masing tokoh tersebut mempunyai peranan unik dalam penyebaran Islam. Nama Walisongo adalah Sunan Gresik   atau   Maulana Malik Ibrahim   adalah yang tertua di antara Walisong