Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2023

Pusat Ekonomi Digital

Imej
  Pusat Ekonomi Digital Pusat Ekonomi Digital(PEDi) Bantu Promosi Produk Kampung Dan Pendalaman Ke Pasaran Lebih Meluas Sabak Bernam 14 JAN: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan antara platform berkesan untuk mempromosikan produk-produk istimewa yang diusahakan oleh penduduk kampung khususnya di kawasan pedalaman. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata melalui PEDi sesiapa sahaja yang berminat boleh mempromosikan produk mereka secara dalam talian yang dapat menjangkau pasaran yang lebih luas. “PEDi boleh membantu mendidik dan mengajar orang-orang kampung tentang kemahiran asas komputer… Ia juga dapat membantu orang kampung tentang e-dagang. “Pusat ini membantu sesiapa sahaja yang minat berniaga dalam talian. Ada kelas latihan untuk ajar mereka bagaimana nak promosi produk mereka,” katanya selepas mengadakan lawatan ke PEDi Kampung Sentul Patah di sini, hari ini. Beliau berkata usaha itu selaras dengan hala tuju dan hasrat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD